Wednesday, June 11, 2014

CARA BACKUP TEMPLATE BLOGSPOT



As-Salam. Apabila menukar template yang baru, perkara yang harus diambil perhatian ialah salinan kod HTML atau backup kepada kod-kod lama. Ia penting supaya apa-apa yang berlaku semasa proses nak ubah template, perletakan kod tertentu dalam HTML blog dapat ditangani dengan mudah.


Cara nak backup template blogspot anda sangat mudah. Ikuti langkah-langkah berikut untuk memastikan template yang berfungsi elok disimpan dalam komputer milik anda.

Cara Backup Blogspot

Untuk backup blog anda, perlu ke dashboard, bahagian Template. Sebelah atas ada butang Backup/Restore. Klik butang tersebut.
 Bila klik paparan di bawah akan keluar, klik butang Download full template.

Kemudian, satu paparan di bawah akan muncul. Pilihlah opsyen Save File dan klik OK. Dah siap, template blogspot anda sudah ada dalam simpanan di komputer anda. Jika berlaku apa-apa, maka bolehlah anda muat naik kembali.

Hmm ... buat blogger berpengalaman, mungkin dah tak jadi satu masalah. Cuma nak ingatkan sahaja, selalu juga berlaku di mana ada blogger terlupa nak backup template blogspot. Apabila tetiba terusik HTML blog dan layout blog jadi kacau bilau .. mulalah gelabah. :) Jangan jadi seperti saya, sampai kena buat balik dari A sampai Z ... sehari suntuk ooo ....


Baca Selengkapnya - Cara Backup Template Blogspot http://www.hasrulhassan.com/2013/08/cara-backup-template-blogspot.html#ixzz34JrpVqKC
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook

No comments:

Post a Comment